Pandangan mata selalu menipu..
Pandangan akan selalu tersalah..
Pandangan nafsu selalu melulu..
Pandangan hati itu yang hakiki..
Andai hati itu bersih.
Bait sebuah lagu yang agak popular waktu Penulis sekolah dulu.Cukup mencengkam hati. Menginsafkan..
Setiap langkah kita dibumi ini, semua atas aturanNya sejak 150,000 tahun dahulu sebelum langit dan bumi diciptakan oleh Allah SWT. Begitu la menurut ustaz di satu ceramah yang Penulis dengar.
Akan tetapi, kita ada senjata yang Allah bekalkan untuk menyelusuri hari-hari mendatang dengan penuh keimanan iaitu dengan doa. Inshaa Allah.
Setiap dari kita pasti ada usahanya tersendiri untuk mendapat redha dan pandangan Allah.
Lumrah manusia selalu lupa pandangan Allah dalam menjalani kehidupan harian.
Suka Penulis kongsikan satu doa untuk sama-sama kita amalkan. Sesukar mana pun kita, tidak perlu diceritakan pada makhluk. Cukup Allah untuk diri kita.
Doa ini diriwayatkan dari Abu Darda' bahawa Nabi SallAllahu 'alaihi wassalam menyebut bahawa doa diatas adalah doa Nabi Daud as. (HR at-Turmudzi)
Doa memohon cinta Allah. |
Comments
Post a Comment