Bismillahirrahmanirrahim..
Hi..Kali ni Penulis nak berkongsi satu tempat menarik yang boleh dimasukkan ke dalam senarai "CUTI-CUTI MALAYSIA".Di Malaysia pun dah ada "Taj Mahal" tau..Mana yang tak berkesempatan dan kekurangan budget untuk ke Taj Mahal di India tu,boleh la start plan untuk ke sini.
Keindahan Masjid Sri Sendayan menjadi tular di group whatapp
sejak beberapa hari lalu.Tak silap Penulis , masjid ini mula dibuka pada orang awam
pada 28 September kelmarin.
Mula dibina pada tahun 2015 di atas tanah seluas
4.5 ekar melalui konsep wakaf.Masjid tersebut diwakafkan oleh pengasas syarikat
perbankan Kumpulan RHB,Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Syukur Penulis dapat menjejakkan kaki dan merasa beribadah
didalamnya.Kami tidak merancang kesana sebenarnya.Pada asalnya Penulis mengikut suami
balik ke kampung di Enstek,Labu,Negeri Sembilan untuk mengambil kedua-dua ibu
dan bapa mertua untuk ke majlis perkahwinan anak kepada adik ayah mertua Penulis.
Iyelah kan..orang tua da tak boleh nak drive jauh-jauh.Jadi
sebgai anak selagi mampu dan terdaya Penulis dan suami pasti akan tunaikan
permintaan kedua orang tua.Selagi hayat dikandung badan.
Okey..Penulis bukan nak bercerita tentang majlis tu.
Jom kita
tengok apa yang ada di Masjid Sri Sendayan.
Penulis ada ambil beberapa keping gambar
untuk tatapan dan kenang-kenangan.
Dari apa yang Penulis baca dan lihat,rekabentuk Masjid Sri Sendayan
yang terindah ini diilhamkan oleh Arkitek Malaysia iaitu En.Zailan Yusop.Rekabentuk
dan seni bina Islam yang terdapat di setiap sudut masjid ini bercirikan dari
masjid-masjid dari negara Timur Tengah.Manakala
hiasan tulisan khat pula ditulis oleh Sheikh Hassan Celebi yang merupakan tokoh
khat paling agung dari Turkey.
 |
Pemandangan ruang solat Muslimin dari pandangan atas. |
 |
Ruang solat Muslimin. |
 |
Ruang solat Muslimat yangberada di tingkat atas. |
Menurut Imam Eksekutif Masjid Sri Sendayan,Ahmad Naim Azlan –“Ramai yang menyamakan masjid ini dengan Taj Mahal dan ada juga menyatakan ia seperti Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.Sebab itulah agaknya orang datang tak putus-putus,nak tengok sendiri keindahannya.”
 |
Tiang diruang solat Muslimat yang dikatakan menyamai masjid Kerajaan Uthmaniyah. |
Masjid ini dibina dengan kos lebih RM100juta dan ianya mampu
memuatkan sehingga 5000 orang jemaah dalam satu-satu masa.Sekaligus menjadikan
masjid ini ,masjid terbesar di Negeri Sembilan.Ia turut dilengkapi dengan bilik
kuliah,perpustakaan,dewan serba guna,bilik pengurusan jenazah,dewan
makan,bangunan pentadbiran dan 6 unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.
 |
Halaman dan tempat wudhuk Muslimat. |
 |
Permata Hati penulis. |
SOLAT adalah hubungan CINTA dengan ALLAH Azzawajalla ,
RINDU bila ditinggalkan,
RESAH bila tidak dilaksanakan,
INDAH bila menyebut nama-Nya,
NIKMAT bila melakukannya.
Sekian perkongsian dari penulis untuk hari ni.Penulisan ini
adalah sekadar perkongsian rasa dari hati penulis. Maaf sekiranya ada silap dan
salah,mohon email kepada penulis.Inshaa Allah,penulis akan perbaiki.
Comments
Post a Comment