Resepi Menu Asam Pedas Meletop!

Assam Pedas menu yang pasti ramai orang sukakannya.Rasa pedasnya menjadikan peminat masakan ini akan mencubanya walau dimanapun mereka berada.

Terutamanya di Malaysia,sememangnya banyak makanan yang pedas yang menjadi selera tekak orang Malaysia.

Menu asam pedas ini boleh dipelbagaikan.Ada Asam Pedas Ikan Tongkol,Asam Pedas Ikan Pari,dan boleh dipelbagaikan dengan daging dan ayam.Di sini,saya membawakan menu Asam Pedas bervariasikan ayam.Resepi ini saya dapat 10 tahun dulu semasa saya berjumpa dengan pelanggan saya dirumahnya di Bandar Tasek Permaisuri,Kuala Lumpur.Pelanggan saya ni berasal dari Melaka,sudah tentu bahannya pasti tepat dan melekat.Yummm!
Resepi ini telah menjadi resepi pilihan saya; selepas saya mencubanya!Cubalah!


Bahan – bahan:
  • 2 biji bawang merah besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 senduk penuh cili kering yang telah dikisar
  • Sedikit belacan
Nota: ikut rasa masing – masing, tak letak pun tak apa, jika letak, masukkan dalam bahan yang dikisar
  • Ayam (variasi pilihan anda)
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • Daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 cawan air biasa
  • Garam secukupnya
Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan – bahan dikisar tadi, tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sampai pecah minyak.
  3. Apabila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan ayam yang digoreng separa masak.Ingat,Jangan nampak garing.
  5. Tunggu sehingga didih kemudian masukkan bunga kantan/daun kesum.(masuk akhir sekali sebab nak elakkan daun hitam bila terlalu lama dimasak)
  6. Masak sehingga naik bau. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.

Comments