KURANGNYA MENYIMPAN DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA.

30% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan.
Baru-baru ini topik mengenai kurangnya tahap kesedaran menyimpan wang dikalangan rakyat Malaysia mula hangat diperkatakan.Berikutan dari itu,impak dari pendemik yang melanda seluruh negara sejak awal Feb tahun lalu sangat memberi kesan besar pada lebih separuh rakyat Malaysia.

Kajian Literasi Kewangan Malaysia menunjukkan 30% daripada 3000 respondan di dalam kajian dalam talian oleh Ringgit Plus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai simpanan untuk bertahan lebih daripada sebulan. 

"Sejumlah 29 peratus daripada responden tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk bertahan selama tiga bulan sekiranya tidak memiliki pendapatan. 

Lebih membimbangkan, katanya, lebih daripada separuh responden tidak mampu untuk menabung lebih RM500 sebulan dengan 24 peratus menyatakan bahawa mereka tidak mampu untuk menabung."kata Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Liew Ooi Hann. 

Tabiat berbelanja merupakan salah satu sebab mereka tidak menyimpan.Daripada Kajian tersebut menunjukkan sebanyak 33% daripadanya akan membelanjakan semua pendapatan bulanan mereka atau lebih.

 "Dari segi insurans pula, 54 peratus daripada responden mempunyai insurans nyawa, manakala 62 peratus mempunyai insurans perubatan,” katanya pada majlis Pelancaran Kerjasama RinggitPlus dan Ringgit Sense+, di sini, hari ini. 

 Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Jirnexu Sdn Bhd, Yuen Tuck Siew dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak. 

 Selain masalah kekurangan menyimpan ,rakyat Malaysia juga menghadapi masalah kurangnya simpanan untuk persaraan.

 Dilaporkan juga, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terkejut dengan kenyataan hampir empat juta rakyat di negara ini memiliki kurang RM5,000 dalam akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mereka.

 Presidennya,Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, dalam jangkaan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpotensi akan berpanjangan dilihat kumpulan tersebut tidak dapat meneruskan kehidupan dengan keperluan asasi yang akan terus meningkat.

 Katanya lagi, “Kerajaan perlu merancang suatu skim sara diri yang lebih menjamin supaya rakyat bawahan boleh meneruskan kehidupan dengan keperluan yang asasi". Mohd. Azmi berkata, beliau berpendapat kaedah yang sesuai harus difikirkan agar peraturan PKP disesuaikan dengan keperluan rakyat agar mereka masih tetap berpeluang memperoleh pendapatan sara diri atau kekal dalam pekerjaan. 

 “Fenomena kibar bendera putih untuk mengisyaratkan isi rumah berkenaan memerlukan bantuan kecemasan sangat mengejutkan." sambungnya lagi. 

Pada penulis, kedua-dua keadaan ini menunjukkan kurangkan pendidikan kesedaran tentang kewangan dikalangan masyarakat.Ketika ini,kita melalui kejutan dengan ujian tak terjangka dengan kedatangan covid19.Bukan negara kita sahaja terlibat malah seluruh dunia juga terlibat.

 Ini dapat dilihat dengan kebergantungan rakyat pada bantuan kewangan kerajaan kerana kekurangan dan kehabisan wang.Kita tidak boleh menyalahkan sebelah pihak,kerana ada perkara yang berlaku adalah diluar kawalan kita. 

 Kita hanya boleh mengawal cara pengurusan kewangan kita dengan cara yang betul.Apabila berlaku musibah seperti pandemik ini atau mungkin kita terkena sakit kritikal atau lumpuh adakah kita cukup kewangan untuk teruskan kehidupan untuk tempoh tertentu?

 Hal ini boleh kita ambil iktibar untuk mula menyimpan sekarang sedikit demi sedikit.

 Walaupun kerajaan masih terus mengatakan keadaan ekonomi di Malaysia menunjukkan tanda yang positif dan pelaburan luar pula meningkat, ini tidak menunjukkan tahap kesedaran masyarakat untuk memiliki simpanan yang cukup pada masa akan datang.

 Realitinya simpanan mereka masih dalam keadaan yang tenat dan meruncing.


 Sumber:Berita Harian dan Utusan.

Comments