Resepi Mee Tulang Mudah dan Sedap.

 Bila hari-hari masak dah tentu para mama dah tak tahu nak masak apa kan.Jom cuba resepi ni.

Penulis ambil kesempatan untuk kongsi dengan semua kerana kebetulan hari ni anak perempuan penulis yang seorang ni sibuk sangat nak buat kek.Hehe..

Penulis bukan tak nak dia buat kek,nanti penat nak mengemas satu hal..


Barang-barang pun macam-macam pulak nak kena sediakan.

Jadi..kita ajar je masakan lain yang lebih mudah dan cepat..confirm sedap!!

[Mee Kuah Tulang Keledek Merah]

Bahan-bahannya:

Tulang dan daging rebus
Keledek merah

[BAHAN KISAR]

Bawang besar

Bawang putih

Halia


Cili kering


Serbuk sup adabi dua sudu


Serbuk perasa sikit

Sos cili
Sos tomato

Garam
Gula
Susu pekat manis

Semua bahan kisar ni tumis sampai pecah minyak..masuk perencah sup, letak kulit kayu manis sebatang cukup dan bunga lawang dlm 3 kuntum.. then tuang masuk dlm rebusan daging td.

Ubi keledek merah dlm 3 biji rebus dan blend pastu masuk dalam periuk

Masuk pula segala sos td.. penulis agak-agak je

Perasakan dengan garam gula dan susu pekat manis ( tapi penulis tak letak susu pekat sebab nak kekalkan rasa pedas dan tak suka manis-manis )

Dah siap ble la taburkan
hirisan daging
Telur rebus
Tauhu goreng
Sawi celur
Daun bawang/ sup (pilihan)
Taugeh (pilihan)
Cili potong
Bawang goreng (pilihan)

**penulis tak letak bahan pilihan tu sebab tak ada dan tak makan.Jadi tak perlu la membazir letak.

Dah siap!!

Selamat mencuba.


Comments