Nomophobia ni penyakit mental?

Kredit photo : freepik.com


Bismillahirrahmanirrahim..

Kesihatan sangat penting untuk kita. Untuk kembali kepada fitrah, kita perlu tubuh badan dan minda yang sihat bagi mempersembahkan yang terbaik untuk Yang Maha Pencipta.

Penulis nak kongsikan pada anda mengenai Nomophobia. Penulis terjumpa info ni semasa kelas online anak.

Nomophonia membuatkan kita rasa resah, gelisah dan ketakutan bila tak boleh akses telefon.

Tahu tak apakah tanda-tanda Nomophobia?

1. Sehari purata kita lock/unlock phone kita sebanyak 150 kali

2. Purata 2,617 kali kita klik, swipe & scrol berlaku pada smart device sehari

3. Setiap setengah jam kita pasti akan tengok telefon iaitu 47 kali sehari

4. Purata screen time 4 jam sehari

5. Hampir 80 peratus individu akan buka dan lihat telefon sebelum dan selepas tidur

6. Djangka 85 peratus orang lihat phone ketika sedang bercakap dengan kawan atau ahli keluarga.

7. Paling serius, hampir 99.2 peratus manusia yang ada smartphone ada simptom nomophobia

Kita kena sebarkan kesedaran mengenai nomophobia supaya lebih ramai yang cakna. Kadang kita tak sedar; ia sebenarnya ada disekeliling kita terutamanya ahli keluarga kita. Penulis juga simpan ini sebagai rujukan untuk penulis pada masa akan datang.

Ini amanah kita untuk melindungi dan menjaga generasi seterusnya (anak-anak) supaya mereka lebih bijak menggunakan teknologi


Comments