Jerebu Salah Satu Ujian dari Nya.

Tahun ini kita diuji dengan jerebu yang agak tinggi bacaan IPUnya.Permulaan ujian yang Allah swt bagi di awal tahun 2019/1441H.Di saat artikal ini di tulis,telah seminggu kita menghadapi ujian ini bermula pada hari Khamis 12 September 2019 di sekitar Selangor.

Semua dari kita sedia maklum akan puncanya.Walau bagaimanapun bukan masanya untuk kita menuding jari siapa yang betul dan siapa yang salah.

Dari apa yang berlaku sekarang,Iza teringat satu buku yang pernah Iza baca..

Nanti akhir zaman.. akan keluar asap..
ad dukhan...
Nauzubillah
Asap dr tanah

 Yg terbakar hutan.. api merebak dlm tanah... api dan asap tanah gambut
Astaghfirullah
😫😫😫

Banyakkan la kita beristighfar.
Dalam Al-Quran pun Allah swt da ajar kita untuk banyak beristighfar supaya hujan dapat turun.Ini dapat mengurangkan maslah jerebu yang kita sedang hadapi.
Mungkin ada dosa-dosa di antara kita yang sedang Allah swt peringatkan.Secara tak langsung dengan  beristighfar 😫,inshaa Allah dengan kasih sayangNya ..dosa-dosa kita juga diampunkan.

KESAN JEREBU BERI KESAN AKTIVITI HARIAN

Situasi jerebu disekitar IPU Johan Setia yang paling terkesan dengan keadaan tersebut.. impak juga kepada sekitar radius 6km. Kesannya beberapa sekolah telah diberi kebenaran untuk cutikan murid.

Atas faktor yang sama PASTI cawangan disekitar Kota Raja diberi izin cuti bencana tidak berganti.

Namun guru-guru diberi pilihan bertugas atau berada di premis pasti pada keesokkan hari (Jumaat 13september 2019).

Pasti cawangan yang terlibat dan pelajarnya diizinkan cuti adalah

1. Pasti assakinah tmn setia
2. Pasti nurul hidayah jln kebun
3. Pasti attaqwa lorong ehsan
4. Pasti saidatina aisyah bkt naga
5. Pasti alkhauthar seri nervellia
6. Pasti gineus azzikra bkt kemuning
7. Pasti alhuda bndar puteri
8. Pasti assyifa tmn seri andlas
9. Pasti assyifa2 kg jawa
10. Pasti al-amanah sg kandis

Entah bila jerebu akan berakhir.Kita hanya mampu berdoa.


Comments