Lasagna sebagai menu santapan.


Lasagna memang menjadi idaman.Agak jarang jugak masak makanan begini.Biasanya selang 2 bulan sekali.

Minggu ni jadual agak padat sikit walaupun sepenuh masa di rumah.Wanita di rumah pun bergelar wanita berkerjaya juga tau.Hehe..betul kan?

Bila bukak peti sejuk,ada 2 biji tomato,daging kisar dan keju mozarella.
Fikir punya fikir..apa nak masak dengan 3 bahan ni.Lauk semua da habis sebab biasanya memang akan beli barang basah seminggu sekali iaitu pada hari minggu.

Disebabkan esok;Ahad ada kursus,makanya tunda lagi la untuk beli barang dapur.

Maka bermula la mencari apa lagi yang ada dan boleh dihabiskan.
Yeayy..jumpa pulak tomato prego mushroom & pepper dan bawang holland.

Apalagi..terus singsing lengan baju..Hehe
Bersedia untuk memasak.Senang je pun nak masak.Orang tak pandai masak pun boleh buat.Bahan segera la katakan.

Teringat pula dah beberapa bulan anak mintak masakkan spageti.Rasanya cukup la ni buat 2 menu hari ni.

Ok..spageti mudah saja.Rebus sahaja dalam air mendidih.Tambahkan minyak zaitun(selain minyak zaitun pun boleh) untuk mengelakkan spageti melekat.


Resepi kuah spageti guna yang sama untuk lasagna.Cuma nanti bila nak buat Lasagna,masak lebih lama sikit hingga hampir kering.Jimatkan..Hehe 

[Bahan-bahannya]
Roti Putih
Daging kisar
Tomato dipotong dadu
Bawang Manis dipotong dadu
Minyak
Sos Tomato 1 sudu
Prego Mushroom & Green Pepper
Garam secukup rasa
Bawang Benggala(terpulang nak pakai atau pun tidak)
** resepi ni tak ada sebab hanya guna apa yang ada di rumah sekarang ni.🙃

[Cara memasak kuah]
1.Panaskan minyak.Kemudian tumis bawang Holland.

2.Masukkan daging kisar dan sos prego.Kacau sehingga daging masak dan sebati.

3.Tambahkan sedikit garam mengikut citarasa.

4.Biarkan sejuk.

[Proses untuk bakar pula]
1.Potong roti dan letak diatas bekas pembakar.Tak perlu pastri.Kenapa roti?
Sebab ianya lebih mudah dan menjimatkan masa.

2.Kemudian masukkan kuah tadi ke atas roti yang telah disusun di atas bekas.

6.Hiris keju mozarella sebanyak mana yang anda suka.

6.Bakar dalam suhu 200 darjah celcius ,20-30 minit.

Ok..siap!

Mudahkan!Sibuk macam mana pun Inshaa Allah boleh siap.
Terima kasih sudi singgah blog ini.🌹💋




Comments