Benar apa yang aku fikir selama ini.Aku sentiasa pesan pada diri,apa yang kita makan ;itu lah diri kita.Innalillahiwainnailahirojiun..
Pemakanan dan kebersihan tidak boleh dipisahkan.Itu lah yang terjadi pada awal tahun baru cina ; tahun 2020.Kejadian dan pemyebaran wabak yang dikenali sebagai coronavirus atau nama barunya Covid-19 menjadi sejarah dalam bidang perubatan diseluruh dunia.
Jika dilihat diawal penyebarannya ianya bermula di Wuhan,China.Pada awal wabak ini dikesan oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Liang Widong,62 tahun telah memaklumkan dan memberi peringatan melalui aplikasi media sosial supaya berhati-hati dengan virus yang baru ditemuinya.Namun,tindakan beliau telah disalah ertikan dan dilabel sebagai membuat penyebaran palsu.
Lebih menyedihkan;akibat dari kesilapan manusia sendiri yang menganggap dirinya lebih berkuasa,amaran doktor Liang Wudong telah diabaikan.Akibatnya,Dalam masa beberapa hari sahaja penyebaran wabak tersebut tersebar dengan mendadak dari sehari ke sehari sehingga article ini ditulis (17 Feb 2020 )ianya telah mencecah 1,700 kematian.Sedangkan 8 jam sebelum iaitu semalam,angka kematian hanya mencecah lebih 1500 orang.
Bahkan semasa keadaan dunia agak kecoh dan huru hara dengan wabak ini,doktor Liang Wudong telah pergi meninggalkan kita semua disebabkan wabak tersebut.
Dalam keadaan negara gempar dengan wabak tersebut,ada juga yang mengatakan ianya merupakan senjata biologi yang dikatakan berpunca dari kebocoran di sebuah makmal biologi.Makmal tersebut adalah makmal terbesar di Wuhan,China.
Sungguh berat ujian Allah swt pada kita semua.Jangan cakap tentang perang dunia di masa depan yang mungkin melibatkan senjata biologi.Baru sahaja ada bencana 1 virus tersebar telah buat kita berdebar dan risau.Walaupun jaraknya jauh dari kita, kita sudah panik,resah, gelisah, merasa kena tempias dan tertekan, waswas dan tak tenang.
Tak dapat dibayangkan sekiranya peperangan benar-benar berlaku yang senjatanya adalah virus.😣 Naudzubillah..semoga kita tak sampai mengalamiðŸ˜
Comments
Post a Comment