Covid-19 terbaru di Simpang Renggam!

 Semakin hari jumlah kematian disebabkan jangkitan Covid-19 semakin meningkat.Hari ini (27 Mac 2020) telah masuk hari ke 10 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .
Sehingga hari ni,Selangor dan Kuala Lumpur mendapat catatan tertinggi dari segi jangkitan  dan kematian.
Cara covid ini merebak adalah melalui manusia ke manusia.Ianya melalui pernafasan.Sekiranya kita batuk atau pun selsema ,sekiranya kita tidak menjaga jarak maka begitu senang virus ini merebak melalui hidung,mulut dan mata.
Selain itu,virus ini juga boleh tersebar melaui contact dipermukaan.Sekiranya kita tidak menjaga kebersihan dipermukaan ,virus ini sangat mudah tersebar.
Ada persoalan lain yang diutarakan.Kebiasaannya kenapa ada virus baru itu datang?Faktor lain penyebaran ini pada asalnya,kebiasaannya virus-virus ini datang daripada binatang.Kemugkinan lain(punca virus) masih dalam siasatan dan kajian.
Cara untuk mengelakkan dari dijangkiti:
1.Pastikan membasuh tangan dengan bersih dan betul
2.Gunakan sanitizer 80-90%
3.Jangan hadiri majlis-majlis yang dihadiri oleh ramai orang.
4.Golongan ini dirayu untuk buat screening,yang baru pulang dari luar negara atau pun yang ada contact dengan orang yang dijangkiti Covid-19.

Terbaru dan hangat diperkatakan berlaku di Simpang Renggam,Johor.Sebanyak 3570 orang telah diarahkan kuarantin dirumah ;ianya adalah daripada 650 orang keluarga di Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Kg Baru Dato'Ibrahim Majid.Perintah PKPD telah diarahkan dikawasan tersebut.PKPD adalah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat yang pertama kalinya di arahkan di Malaysia bermula tengah malam tadi.
Sama-samalah kita membantu kerajaan dalam menangani situasi pendemik Covid-19 ini.Semoga negara kita pulih seperti sediakala.Ikut sahaja arahan yang telah ditetapkan.

Comments