Skim PERKESO Melindungi Anda dan Keluarga.

Karnival WOW! anjuran Badan berkanun PERKESO telah diadakan di Wisma PERKESO KL,jalan Tun Razak,Kuala Lumpur.Aktiviti ini sedang berlangsung sejak semalam dan akan berakhir hari ini.(29 Feb 2020 hingga 1 Mac 2020).

Karnival ini dianjurkan untuk mempromosikan PERKESO pada mata pandangan orang yang bekerja sendiri.Mungkin masih ramai diluar sana yang tidak tahu bahawa PERKESO ada menyediakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2017.

Sebagai permulaan,skim ini diwajibkan ke atas sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi,e-hailing dan pemandu bas.

Kini ,skim ini telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain mulai 1 Januari 2020.
Berikut adalah senarai 19 sektor pekerjaan yang dimaksudkan :

1.Pengangkutan Barangan dan Makanan                       
2.Pertanian                                                                       
3.Penternakan                                                                 
4.Perhutanan
5.Perikanan
6.Makanan
7.Pembuatan
8.Pembinaan
9.Penjaja
10.Premis Penginapan
11.Perniagaan Online
12.Teknologi Maklumat
13.Pemprosesan Data
14.Ejen
15.Perkhidmatan Profesional
16.Perkhidmatan Sokongan
17.Kesenian
18.Perkhidmatan Isi Rumah
19.Penjagaan,Perawatan,dan Pemulihan Kesihatan

Pelbagai faedah-faedah disediakan dibawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri iaitu Faedah Perubatan ,Faedah hilang Upaya Sementara ,Faedah Hilang Upaya Kekal ,Elaun Layanan Sentiasa ,Faedah Orang Tanggungan ,Faedah Pengurusan Mayat ,Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Faedah Pendidikan.

Di karnival ini juga banyak gerai disediakan antaranya FAMA,MDEC,LKIM dan lain-lain.Terdapat juga aktiviti bersama artis jemputan seperti Hael Husaini,Sarah Suhairi,Ariff Bahran,Fieya Julia,Sajers Buskers dan Kumpulan Balle-Balle.

Apa yang menarik , Pemeriksaan Percuma turut diadakan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai skim ini di pejabat PERKESO yang berdekatan.

Memang best karnival ni.Semoga adanya karnival dan pendedahan seperti ini akan dapat membantu lebih ramai orang lagi.

NF
1 Mac 2020

Comments