Sejak dunia dilanda pendemik covid 19,terlalu banyak perubahan yang telah berlaku.Salah satunya adalah sistem pembelajaran di Malaysia.
Penulis juga merupakan ibubapa yang terlibat dalam situasi ini. Penulis ada anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah.Anak-anak penulis sebenarnya bersekolah di 2 sesi yang berbeza iaitu di sekolah rendah agama KAFA dan sekolah kebangsaan.
Kini telah masuk tahun kedua sejak tahun 2020 semua murid dan pelajar belajar melalui alam maya yang di panggil manual Pengajaran Pembelajaran Di Rumah(PdPR).
PdPR Kali ini agak berbeza dengan sebelum ini kerana rata-rata ibu bapa dan murid dah pun mula biasa dengan norma baru ini.Sistem PdPR juga dilihat semakin hari semakin mudah diserap.
Dikhabarkan ada guru-guru yang memberikan tugasan yang banyak yang melibatkan 5-6 subjek untuk disiapkan dalam masa 1 hari.Ini dilihat sangat padat dan membebankan.Jika pelajar sekolah menengah mungkin boleh.Tetapi untuk pelajar sekolah rendah,ramai tidak bersetuju.
Seharusnya pihak KPM cakna dengan keadaan dan kemampuan ibubapa,guru-guru dan murid-murid.
Ada ibubapa yang bekerja,tidak ada masa untuk melihat anak-anak belajar.Ada juga ibubapa walau bekerja dari rumah juga berhadapan dengan kekangan masa.Ibubapa tidak dapat memberi sepenuh tumpuan untuk fokus pada 2 tugasan dalam satu masa.
Tidak semua ibubapa yang berada dirumah hanya duduk goyang kaki.Terutamanya yang berniaga secara online dan yang pihak syarikat arahkan untuk bekerja dari rumah atau WFH.
Itu belum lagi ibubapa yang rasa tertekan kehilangan kerja kerana dibuang kerja.Apabila tiada pekerjaan maka mereka tiada sumber pendapatan.Hidup semakin tertekan kerana menanggung hutang yang banyak, tiada sumber pendapatan dan ada ahli keluarga yang sedang dijangkiti virus covid 19.
Cabaran murid juga sangat besar.Mereka tidak biasa dengan sesi pembelajaran yang tiada guru didepan mata.Gangguan internet juga memberi impak pada segi emosi.Persekitaran luar dan sekeliling juga sangat mempengaruhi emosi murid-murid.
Setiap orang menghadapi cabaran yang berbeza dan cara mereka menangani masalah tersebut juga berbeza.
Beri saja tugas dan ajar sahaja seperti biasa.Inshaa Allah,mereka akan berusaha yang terbaik untuk anak-anak mereka.Tidak perlu dipaksa.
Kita tiada dikasut mereka.Empati penting untuk meredakan keadaan mereka.Ada ibubapa yang tidak mampu untuk menyediaka gadget , handphone atau laptop untuk sesi pembelajaran PdPR.
Pihak KPM dan guru seharusnya cakna dalam hal ini.Tidak membebankan ibubapa dan murid dengan ugutan dengan tidak memberi penilaian yang baik seperti kedatangan dan penilaian markah yang rendah.
Ada kalanya penulis juga agak tertekan kerana ada satu-satu masa terlalu banyak tugasan dalam masa satu hari.Penulis juga ada kerja yang perlu disiapkan untuk perniagaan online penulis.
Manakala kerja sekolah anak-anak pula perlu disiapakan dalam masa yang ditetapkan.Penulis akan cari masa untuk memantau kerja sekolah anak-anak.Pernah sampai ke malam ; pukul 11 malam pun masih ada lagi yang perlu dibuat.
Kasihan melihat anak yang masih bersekolah rendah bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan.Alhamdulillah,kejadian itu hanya sekali dalam seminggu.
Walau bagaimanapun,penulis sebagai ibubapa tetap akan pastikan anak-anak menyiapkan tugasan secepatnya dan tidak bertangguh.Ini bagi mengelakkan penulis dan anak-anak stress stress.Hal ini perlu ditangani dengan baik.
Semoga anak-anak kita dapat menyesuaikan diri dengan keadaan norma baru.
Guru-guru juga perlu memahami keadaan ibubapa yang tidak mampu.Jangan ditambah lagi beban yang ada.Begitu la..
Hidup tak selalunya kita boleh dapat apa yang kita inginkan dengan sempurna.Terus berjuang dan lakukan dengan sebaiknya.Terus berusaha dan berdoa,tuhan pasti akan berikan jalanNya.
23 Jun 2021
Bandar Puteri
Comments
Post a Comment