Ramai di antara kita sangat terkesan dengan ujian C19 yang melanda dunia.Isu menangani pendemik ini juga masih belum selesai.Kerajaan dan pihak terlibat dilihat masih berusaha memutuskan rantaian covid19 yang banyak memberi impak pada ekonomi negara khususnya.
Minta moratorium 3 bulan ,tempoh bayaran ditambah 12 bulan.
Ambil moratorium 6 bulan ,tempoh loan bertambah 2 tahun.
Baru-baru ini terdapat beberapa isu yang sangat buat penulis sedih.Penulis amat faham tekanan yang dialami kerana penulis sendiri pernah merasa hidup diberi ujian yang sangat perit dari Yang Maha Pencipta.
Akan tetapi itu bukan alasan kita untuk membuat tindakan singkat dengan membunuh diri.Masih ramai lagi rakyat yang terkesan dan masih ada lagi saudara kita yang sudi meringankan beban.
Entry kali ni penulis nak kongsi penulisan dari seorang netizen yang dikenali sebagai abg Lee.Anda boleh baca dibawah perkongsian beliau.
[Pesanan buat sahabat2.]
Jangan amik moratorium kali ni. Bunga dan hidden charges mmg berlambak.
Aku sendiri dah dapat call dari pihak bank CIMB. Dari RM15k, interest naik jadi RM22k. Bila call, depa kata interest naik. Agreement lama xleh pakai. Depa hantar agreement baru. So aku fight, sebab agreement baru xdak tandatangan.
Bayangkan interest naik RM7k senang2. Padahal agreement lama masih ada ditangan. Last sekali aku buat full settlement, baru RM4.5k. Nampak dak apa kerajaan dan pihak bank buat? Nak cover balik tapi rakyat yg kena.
Hati2 dan jaga payment samaada personal loan atau hire purchase. Semua bank kamjat la ni. Yg x pernah buat loan, jangan cari pasai. Interest bank depa bok naik ikut suka.
Nanti aku share agreement lama dan baru yg depa suka2 bok naik tu. Sebagai bukti utk hangpa semua.
Sumber FB:Lee
Dah lama penulis merasakan perkara ini pasti akan terjadi.Mustahil semudah ini mereka mengatakan ingin membantu.Semua orang sedang dilanda kesusahan dan sudah pasti ada yang mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
Dulu penulis juga pernah bekerja di bank.Dari pengalaman penulis,bank takkan pernah suka-suka untuk 'membantu' jika tidak menguntungkan kerana bank juga adalah institusi perniagaan berdasarkan keuntungan.
Setuju dengan apa yang abg Lee kongsikan,ramai yang tidak sedar atau tidak tahu sebenarnya kerana industri ini bukan la sebati dengan pengetahuan kita.
Kita perlu ambil tahu dan sentiasa mendapatkan mendapatkan kepastian dengan meminta surat hitam putih dari pihak berkenaan supaya kita tidak terjerat.Di entry lain,penulis akan cerita pengalaman seorang pelanggan penulis yang pernah mengalami gara-gara tidak tahu sistem di pihak bank.
Ini antara komen-komen netizen ;
Syamsuri Wahab :Ya betoi,ari tu pernah mereka offer pengurangan 50% bulanan selama 6 bulan.Lepas 6 bulan ,bulanan sekarang naik RM100 sehingga tamat loan.Gila punya riba depa sebat.
Ini dipersetujui empunya badan..abg Lee.
Selain itu ada beberapa juga yang memberikan komen ;
Faris Wiring :Tapi nak buat macam mana bang,da memang tak mampu nak bayar.Belanja rumah dan anak-anak pun da sesak paras hidung tunggu nak lemas je ni.
Ada pandangan yang menyuruh ambil saja kerana tiada pilihan.
Walau bagaimanapun,keadaan ini dilihat amat menyeramkan kerana kita tidak tahu lagi keadaan pada masa akan datang.Takut sesak hingga bergadai ,itu antara komen lain.
Penulis cukup berhati-hati dalam hal in.Cukup la orang lain terkena dan penulis sentiasa bersiap siaga dalam soal kewangan lebih-lebih lagi bila berurusan dengan pihak bank.
Biar kita tanya habis-habis supaya diri sendiri tidak terjerat dengan riba.
Oleh kerana itu juga lah, penulis meletakkan takaful nombor 1 ,walau banyak komitmen sekalipun untuk dibayar.
Ini kerana kita tidak tahu bila waktu susah dan musibah sakit ,cacat kekal dan kematian bila akan datang.
Saat kita ada pun sekarang ini,kita dah melalui saat getir begini.Kita sendiri buntu dan tidak mampu.Adakah insan-insan tersayang isteri dan anak-anak kita yang masih kecil ,masih boleh makan dan hidup seperti waktu kita ada di sisi mereka?Itu yang kita perlu buat persediaan.
Jika artikle ini memberi manfaat,sebarkan pada saudara mara dan rakan-rakan anda.Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan mengangkat darjat hambaNya yang sedang diuji.Kita lah semua yang sedang diuji.Cuma bagaimana penerimaan kita dan cara kita menguruskannya.
Apa komen anda?
Comments
Post a Comment