8 Tips Jaga Hubungan Jarak Jauh.

 


Apabila sudah  tinggal berasingan ,maka kewangan sudah tentu akan  semakin bertambah.
Seperti kata pepatah Melayu, ada dua periuk . Bila ada dua rumah,maka semuanya terpaksa berganda. Antaranya; bayaran rumah, bil elektrik ,bil air dan kenderaan. Juga terpaksa mengeluarkan banyak belanja untuk berjumpa dengan keluarga dari segi kewangan dan bayaran tol.

Ia juga pasti membabitkan masalah emosi.Timbulnya perasaan sunyi kerana tidak berteman.Naluri manusia sentiasa inginkan belaian,sasih sayang dan teman untuk bual bicara.Bagi yang telah berkahwin ,perhatian dari pasangan sangat penting .Jika tidak ,mereka mudah mengalami tekanan dan jiwa berasa kosong.

Selain itu ,timbulnya perasaan cemburu dan curiga juga dapat mndatangkan konflik antara kedua pasangan.Perasaan cemburu dan curiga tidak dapat dielakkan jika suami dan isteri terpaksa berjauhan kerana tugas dan tidak dapat melayari kehidupan seperti pasangan biasa yang telah berkahwin.

Pelbagai perkara yang akan difikirkan oleh suami mahupun isteri apabila tinggal berjauhan.Perasaan sayang dan bimbang pasangan akan diambil orang lain membuatkan antara keduanya seringkali berfikiran curiga terhadap pasanagn masing-masing.

Ada beberapa  tip untuk menjaga hubungan jarak jauh yang ingin dikongsikan untuk entry kali ini.

1.Beri kepercayaan kepada pasangan.    
                                         
Kepercayaan dalam sebuah perhubungan sangatlah penting.disebabkan oleh perhubungan jarak jauh ,faktor kepercayaan dan memahami antara satu sama lain menjadi perkara utama dalam setiap percintaan.Jika rasa percaya pada pasangan sudah hilang, maka sebuah perhubungan yang dibina akan musnah.

2. Berlaku jujur dan setia.

Bila anda dalam sebuah perhubungan jarak jauh ,jangan jadikan ia sebagai ruang untuk anda bebas bergaul dan bermain hati bersama orang lain.

terdapat banyak hubunganyang terputus disebabkan oleh sikap tidak jujur antara pasangan.Mereka mula menaruh hati kepada seseorang yang mampu memberikan perhatian dan masa lebih yang akhirnya membuatkan perasaan cinta mereka pada pasangan semakin pudar.

Ada juga yang sengaja menjalinkan hubungan baru secara rahsia kerana mula berasa bosan dengan hubungan yang sedia ada.Ada juga yang menjadikan ia sebagai alasan.."Alaa..bukannya dia tau pun,sekadar suka-suka je''.

Hal ini yang menjadi punca utama pergaduhan yang akhirnya menyebabkan si dia meninggalkan anda.Siapa yang boleh terima bila kepercayaan dikhianati.usah bermain cinta dengan orang lain dibelakang pasangan masing-masing.

3.Banyakkan berdoa agar terus bahagia.

Jadikan sebagai rutin selepas menunaikan solat dan berdoa kepada Tuhan agar hati si dia sentiasa tejaga untuk menyayangi anda dan hubungan akan kekal bahagia.Jika dia adalah jodoh anda ,maka Tuhan akan perkenankan doa tersebut.Cuma cepat atau lambat sahaja,Kita sebagai hamba perlu bertawakal dan percaya dengan apa yang telah diaturkanNya untuk hambaNya.

4.Elakkan berdiam diri dalam jarak masa yang lama.

Komunikasi merupakan suatu hal yang penting salam sebuah perhubungan.Jika kerap berlaku salah faham yang berakhir dengan pergaduhan juga boleh merosakkan sesebuah perhubungan.

Terdapat pelbagai aplikasi di smart phineyang boleh dijadikan sebagai alat komunikasiantara pasangan.Cukup sekadar 5 minit masa yang diperuntukkan untuk berhubung dan bertanya khabar si dia.Ini akan mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan dan menjadi pengubatrindu di hati walaupun hidup berjauhan.

Nak lebih romantis?Anda boleh menggunakan cara lama iaitu dengan mengutus surat pada pasangan anda.Nampak macam 'old school' kan..tapi percayalah ianya dapat menarik perhatian si dia dan si dia merasa sangat istimewa dan rasa lebih dihargai.

5.Buang ego untuk luahkan rasa cinta.

Kebanyakkan perhubungan akan hilang seri selepas 6 bulan ke atas.Antara puncanya adalah kerana masing-masing mula ego atau malu untuk meluahkan perasaan sayang bila berdepan dengan pasangan. Anda boleh jadikan masa berjauhan untuk meluahkan perasaan cinta anda kepadanya.

Jika anda tiada idea untuk mulakan topik ,ingatkan kembali pada si dia mkment semasa anda mula-mula berkenalan dulu.Mungkin perkara lucu yang boleh dijadikan sebagai bahan ketawa dan kenang bersama.

Walaupun ada yang merasakan bahawa meluahkan perasaan ini merupakan hal yang remeh, hakikatnya ia sebenarnya memberi impak yang besar dalam sebuah perhubungan.Lebih lagi bila pasangan anda seorang yang sentimental.

6.Beri hadiah istimewa pada tarikh penting.

Biasanya lelaki tidak berapa kisah tentang ini.Bagi wanita pula kejutan seperti ini amat dihargai.anda boleh melakukan kejutanseperti memberikan hadiah atau sambutan majlis pada hari istimewa kepadanya.Jadikan ianya sebagai elemen surprise yang akab membuatkan perasaan anda dan si dia semakin mekar.

Kadang masing-masing sibuk dan fokus tertumpu kepada hal kerja dan keluarga,bila sesekali terima hadiah istimewa dari pasangan pasti akan membuat mereka bahagia.Orang kata, "walau jauh dimata tapi tetap dekat dihati ''.

7.Elakkan sikap terlalu mengongkong pasangan.

Ada sesetengah pasangan diluar sana terutama mereka yang melalui perhubungan jarak jauh terlalu mengawal setiap gerak geri pasangan sehingga sukaruntuk pasangan melakukan aktiviti seharian.Janganlah terlalu mengongkong pasangan anda,hal ini akan menyebabkan pasangan anda berasarimas dan terasa seperti tidak dipercayai.

Sayang bukan bermaksud anda perlu mengongkong setiap rutin hariannya.walaunagaimanapun,apabila pasangan memberikan kebebasan,bukan bermakna pihak yang diberi kebebsan boleh melakukan apa saja yang disukai.

Setiap perhubungan yang dibina merupakan ikatan yang memerlukan kerjasama antara keduanya.Perkongsian dua hati dan melakukan sesuatu secara bersama walau berjauhan. Bukan alasan untuk menyembunyikan apa saja aktiviti sehinggakan menimbulkan keraguan sebelah pihak.

8.Jangan cemburu buta.

Banyak yang salah faham dalam bab ini.Mereka menganggap apabila sayang mesti perlu cemburu.Kemudian merasakan perasaan cemburu pula perlu dizahirkan dengan marah dan menuduh pasangan dengan hal yang belum tentu kebenarannya.Ada ketika; akan tersebar khabar angin mengatakan hal yang buruk berkenaan pasangan.

Jangan mudah percaya sebelum anda sendiri selidik dan berbincang dengan pasangan anda.Mungkin saja ada pihak ketiga yang sengaja cuba untuk mengadakan cerita atau sengaja ingin merosakkan hubungan yang telah dibina.

Berbincanglah terlebih dahulu jika berlaku salah faham.Elakkan menggunakan kekerasan atau mengeluarkan kata-kata kesat yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.


Comments