Ketika cabaran hidup semakin mendesak, ramai dikalangan kita yang mula melakukan pelbagai pekerjaan tambahan.Tidak terkecuali juga yang memilih untuk menceburi bidang perniagaan.
Cara ini membantu anda yang telah mula berniaga atau yang berura-ura menceburi bidang perniagaan. Sememangnya bukan semua orang boleh berniaga. Ramai yang kandas awal dan akhirnya memilih untuk makan gaji. Apapun pekerjaan kita, yang penting halal dan mendapat keredhaan Allah.
Jom saya kongsikan 5 cara untuk berani berniaga.
Cara paling utama, seseorang yang ingin memulakan perniagaan mesti :
1. Ada matlamat berniaga.
Ini sangat penting untuk kita tahu halatuju perniagaan anda. Ibarat anda ingin memandu kenderaan. Sebelum menghidupkan enjin kenderaan, sudah tentu anda perlu tahu halatuju. Anda juga pastinya telah pun membayang jalan mana anda nak lalu. Samada nak lalu higway untuk cepat sampai atau jalan biasa dimana jalan tersebut agak jauh untuk sampai ke destinasi. Begitu la analoginya sama dalam perniagaan.
2.Cari mentor dan belajar dengan mentor.
Rasulullah adalah mentor tebaik yang kita boleh teladani. Banyak buku-buku yang kita boleh dapatkan dipasaran untuk meneladani cara Rasulullah berniaga. Sekarang pun dah banyak info-info secara percuma. Hendak dengan tidak sahaja untuk kita belajar.
Walau bagaimanapun penulis sangat galakkan anda mencari mentor yang telah terbukti melalui pengalaman-pengalaman jenis perniagaan yang anda nak buat. Mereka ada jalan yang boleh membawa kejayaan dengan lebih cepat. Dengan adanya mentor mengurangkan risiko kesalahan anda.
Cari kawan-kawan yang berniaga juga sangat penting. Persekitaran orang yang berniaga sangat penting untuk anda kekalkan momentum setiap hari.
3.Percaya dan yakin rezeki dari Allah.
Ada diantara kita mudah untuk putus asa. Selesa dengan hidup sekadarnya seperti kata Buya Hamka;
"Jika hidup sekadar hidup, babi dihutan juga hidup.
Jika kerja sekadar kerja, kera juga bekerja."
Allah suka hambaNya bersyukur. Bersyukur bukan bermakna kita diam tidak buat apa-apa dan sekadar bersyukur apa yang ada.
Kadang Allah datangkan seseorang untuk kita belajar bersyukur. Walau begitu kita perlu juga berusaha kerana Allah juga suka orang yang berusaha. Penulis teringat satu ayat di dalam sebuah buku, Allah suka dengan orang yang berpeluh peluh dalam mencari rezeki.
Bila kita usaha pasti ada rezeki. Bila ada lebih, akan lebih ramai yang akan dapat dibantu. Inshaa Allah. Apapun berbalik kepada niat seseorang. Tidak bermakna orang yang banyak harta itu riak. Tidak bermakna orang tiada harta itu zuhud, dengan riak dan bangga bahawa dia yang paling sederhana dan bersyukur. Tidak betul cara pemikiran begitu.
Kita perlu bentuk minda dan jati diri yang kuat yang seiring dengan jalanNya. Minda kita telah dimomokkan bahawa orang kaya itu jahat dan tamak. Mereka materialistik dan pelbagai lagi gelaran buruk. Pada penulis, itu hak mereka untuk memakai pakaian berjenama atau kereta mewah kerana mereka mampu.
Apa yang orang tak tahu adalah berapa banyak harta dan duit serta tenaga yang mereka sedekahkan dan waqafkan. Jika pemikiran kita hanya berfikir untuk kepentingan diri sahaja; bagaimana kutipan zakat akan naik. Bagaimana untuk kita bantu lebih ramai orang?
Dunia bukan segalanya. Namun segalanya perlukan duit. Siapa kata duit tak boleh bawa mati? Duit boleh bawa mati melalui amalan sedeqah, waqaf, hibah yang ditinggalkan. Hibah membantu kebebasan fikiran dan kewangan pada pewaris tanpa perlu meminta-minta.. Begitu lah..
Itu sekadar pendapat saya.
Siapa pun kita,apa pun pencapaian kita; luruskan niat kerana Allah supaya seiring dunia dan akhirat.
4. Fokus.
Usah mudah terpengaruh dengan persekitaran. Bila kita ada matlamat, fokus kepada matlamat kita.
Suka untuk penulis berkongsi kisah perjuangan Nabi Nuh as.
Mengikut sirah, Nabi Nuh menyampaikan dakwah kepada umatnya selama 900 tahun. Begitu lama Nabi Nuh berdakwah, hanya 90 orang sahaja yang mengikuti ajarannya. Siapa kita untuk cepat mengalah? Anda sendiri yang tentukan.
5. Manfaatkan media sosial sebaik-baiknya.
Media sosial memainkan peranan dalam membrandingkan diri. Anda boleh pilih media sosial yang anda nak dan fokus satu sehingga mahir. Terlalu banyak ruang dan peluang yang ada untuk kita menambah pendapatan di media sosial. Kepelbagaian medium seperti ecommerce, Facebook, Tik Tok, Instgram dan sebagainya juga membantu meluaskan lagi peluang untuk kita memasarkan produk atau perkhidmatan anda
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda yang baru nak bermula atau dah pun bermula tetapi sentiasa terkandas dalam mencapai matlamat dan halatuju dalam berniaga.
Untuk makluman, saya merupakan wakil perunding takaful berdaftar di Takaful Ikhlas. Jika anda seorang yang sukakan cabaran dan ingin menjadikan kerjaya Perunding Takaful sebagai kerjaya, kedatangan anda ke dalam team kami adalah sangat dialu-alukan.
Anda boleh berhubung dengan saya. KLIK SINI UNTUK MENJADI PERUNDING TAKAFUL.
Ingatlah, setiap keputusan yang dibuat hari ini membentuk masa depan anda.
Semoga bermanfaat!
Comments
Post a Comment