Salah satu tanda kiamat kecil. |
Allah telah menzahirkan alamat kiamat. Ketika ini pun kita telah melalui keadaan yang dikatakan kiamat kecil oleh nabi Muhammad iaitu masa semakin singkat. Ketika ini kita dapat merasakan asar nak ke maghrib terlalu dekat, begitulah rasanya kiamat yang semakin dekat.
Buatlah apa saja yang kita mahu. Pada akhir nanti tetap akan ada balasanNya.
Penulis nak kongsi satu kisah yang ada kaitan dengan apa yang Nabi pernah bagi tahu. Semoga dengan perkongsian ini, Allah sentiasa pelihara kita dan jauh dari fitnah dunia dan akhir zaman.
Kejadian ini berlaku pada hari ini 26.01.2022, hari Rabu. Bermula tahun baru 2022, penulis berpindah ke kediaman baru. Kediaman ini agak jauh dari sekolah anak. Walau agak jauh, penulis tetap usahakan untuk anak sampai ke sekolah lebih awal.
Pada hari pertama persekolahan, penulis dah pun ada jadual untuk pastikan penulis mengikut rangka masa yang penulis tetapkan. Alhamdulillah..apa yang penulis tetapkan dengan pengisian di dalam jadual harian dapat dilaksanakan.
Kalau diikutkan, waktu perjalanan ditambah dengan jem waktu pagi adalah 30 minit ke sekolah anak dan balik juga adalah 30 minit. Bermakna penulis perlu menghabiskan masa sejam di atas jalan raya. Agak rugi jika masa dibiarkan berlalu, jadi penulis awal-awal telah menyelitkan rutin amalan harian sepanjang perjalanan.
Alhamdulillah, sekali lagi Allah bagi ilham dan memudahkan segala urusan. Maklumlah, sebelum ni dah selesa dengan jadual pembelajaran anak secara PdPR sejak negara dilanda covid19. Jadi agak berdebar apabila jadual berubah.
Banyak ujian sejak dari hujung tahun 2021 yang penilis dan keluarga alami. Salah satunya ditipu tuan rumah dan banjir sehingga menyebabkan kerosakkan harta benda. Tak mengapalah..semua itu hak Allah.
Kejadian pagi tadi juga agak pelik bagi penulis. Penulis tertanya, dimana datangnya lebihan masa. Pada asalnya; 'masa' penulis telah rugi terbuang. Akan tetapi; Allah gantikan dengan 'masa'Nya.
Mengikut pada jadual harian penulis; 6.30 pagi penulis wajibkan pada diri dan anak-anak untuk keluar dari rumah untuk ke sekolah.
Pada malam tersebut, penulis telah pun siapkan baju sekolah dan balutkan buku SPBT yang diberikan pihak sekolah supaya anak dapat merasa tenang untuk ke sekolah keesokan harinya.
Lumrah anak kan, apabila mak-mak dah buatkan segalanya, dia tetap akan lambat. Masih berada di zon selesa. Dengan itu, masa penulis telah terbuang selama 15 minit kerana kelalaian anak penulis.
Penulis memarahi anak kerana telah mengambil masa penulis untuk mengaji dan zikir harian dan waktu itu yang sepatutnya penulis dah pun lakukan itu dan ini.
Penulis juga mengatakan sepatutnya 6.45 pagi; kita da sampai sekian tempat..bla bla bla...macam macam la penulis bebelkan.Kesian anak..hehe
Disebabkan dia diam dan tidak melawan, barulah keluar kata-kata nasihat untuk dia harga masa orang lain. Dah tentu la paling utama masa mamanya..Allah campakkan rasa bersalah pula dalam hati kerana memarahi anak..huu
Ada satu kejadian pelik, sepanjang perjalanan hantar anak ke sekolah. Penulis melihat jalan raya terlalu lengang. Entah mana orang lain yang selalu berpusu-pusu. Hanya ada beberapa kereta dan penulis merasakan cepat pula sampai di sekolah awal 5 minit sebelum pukul 7.
Sedangkan pada kebiasannya; akan mengambil masa 30 minit.
Ketika ini hati penulis terdetik, penulis salah waktu ke ni? Atau hari ni cuti sekolah?
Akan tetapi soalan itu hanya bermonolog di dalam hati.
Penulis lihat jam di radio kereta. Jam menunjukkan pukul 6.58 pagi. Terdetik dihati..ok la boleh mula zikir awal. Ketika ini keadaan seperti pemandangan biasa dengan hari-hari sebelum.
Penulis tidak dapat mengamalkan zikir yang biasa penulis amalkan gara-gara kelamkabut sehingga tertinggal handphone dirumah. Amalan tersebut ada didalam handphone. Jadi penulis hanya mengucapkan nama Allah yang penulis lagukan sepanjang perjalanan pulang.
Keadaan pemandangan perjalanan pulang sepeti biasa. Banyaknya kereta dan penulis melalui jalan yang jem seperti biasa. Akan tetapi..penulis merasakan masa bergerak telalu lambat.
Apa yang paling mengejutkan dan buat penulis tertanya-tanya adalah apabila jam baru menunjukkan 7.10 pagi.
Makin keliru..penulis diam dan bermonolog lagi. Allah..adakah engkau menahan makhlukMu untuk beri laluan pada hamba?
Penulis tahu..kita takkan dapat jawapan terus. Pada fikiran penulis..adakah Allah menggantikan masa yang penulis rugi padi tadi?
Ada baki 20 minit untk penulis manfaatkan sebelum ikut jadual harian sepeti biasa.Alhamdulillah..Allah Maha kuasa.
Begitulah aturanNya.Allah Maha Mendengar.
Dengan izin dan perancangan ya jua penulis terbukak satu ceramah live di FB oleh Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri.
" Waktu akan menjadi singkat kerana keberkatannya telah diangkat."
Segala pertanyaan penulis telah terjawab Secara tak langsung.
Pesan Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri;
"Pertingkatkan diri untuk jadi seperti generasi sahabat''.
Dalam kehidupan seharian sentiasa muhasabah diri. Tanya dengan diri sendiri..
"Aku zalimi siapa hari ni?".
Perkongsian ini bukan untuk membuka aib diri atau sesiapa. Jika ianya menjentik hati pembaca untuk lebih dekat dengan Allah, sekurangnya penulis juga dapat pahala.
Untuk makluman, penulis merupakan wakil perunding takaful berdaftar di Usrah Associate Plt di Takaful Ikhlas. Jika ingin pelajari bagaimana kami dapat membantu anda dan keluarga, boleh hubungi saya.
Untuk kami bantu anda menambah pendapatan anda juga boleh hubungi DI SINI.
Sertai group TELEGRAM untuk lebih dekat dengan saya dan pelbagai perkongsian.
Comments
Post a Comment